Fahaman Individuaism


Faham individualism sangat bahaya

Jika hidup kepentingan diri menjadi budaya

Orang yang berfaham begini berkawan tidak akan setia apabila ada kepentingannya

Dia boleh tikam kawan seiring di dalam perjuangannya

Orang yang berfaham individualism tidak boleh dipercayai

Kerana kepentingan diri keluarga boleh dikhianati

Yang penting dia berjaya

Kalau dia berfaham Nasionalism dia boleh khianat dengan bangsanya

Jika dia ada berpegang dengan sesuatu ideologi dia boleh korbankan ideologinya

Sekiranya dia beragama dia boleh jual agamanya kerana kepentingannya

Orang yang individualistik ini dia berjuang dengan sesuatu faham

Bukan dia hendak memperjuangkan fahamannya

tapi hendak mengalatkan perjuangan itu untuk kepentingannya

Orang yang tidak prihatin payah hendak dapat mengesannya

Kecuali orang yang halus perhatiannya

Orang ini sangat licik dan bijaksana

Dia pandai buat-buat sibuk di dalam perjuangan

Tapi bukan untuk cita-cita perjuangan

Ada tujuan peribadi di dalam perjuangan

Sikapnya macam orang munafik, hidup pura-pura budayanya

Di dalam satu perjuangan dia boleh bekerjasama secara senyap-senyap

dengan musuh-musuhnya

Faham individualism ini memang sangat bahayanya

Ia adalah ular di dalam selimut yang bahaya yang bila-bila masa dia boleh mematuknya

Kalaulah ramai orang berfaham begini di dalam satu jemaah

Akibatnya peribadi kaya tapi jemaahnya papa-kedana

Di akhir zaman ini banyak berlaku di dalam apapun perjuangan

Individunya kaya partinya tidak ada apa-apa sekalipun partinya berkuasa

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi